
Thursday, 29 December 2022 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its 9th and final sharing session of the year at SHHBIDSS’ Board Meeting Room. Setting the scene over the session titled, ‘Cambodia’s ASEAN Chairmanship in 2022: Developments and Challenges’ was Nor Azriah binti Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz, Research Officer at the Institute.

The session provided an overview of Cambodia’s ASEAN chairmanship and the significant achievements the country has brought about throughout 2022. The session also looked into the developments that took place during its chairmanship, one of which includes the status of Timor Leste that has been granted the observer status in ASEAN. Challenges in the region were also discussed at length during the session; with an emphasis on the Myanmar situation.
Present during the session were the Acting Senior Research Officer and research officers of SHHBIDSS as well as research officers from Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.

SHHBIDSS sharing session is held every month to encourage discussions and exchange of perspectives on current issues between the research officers in the Ministry of Defence. The next sharing session, which will be the first for 2023, is scheduled to be taking place on 26 January 2023.
SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 09/2022
Khamis, 29 Disember 2022 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan Sesi Perkongsian kali ke-9 dan yang terakhir bagi tahun ini, di Bilik Mesyuarat Lembaga, IPPSSHHB. Sesi bertajuk, ‘Pengerusi ASEAN di bawah Kemboja: Perkembangan dan Cabaran’ telah disampaikan oleh Nor Azriah binti Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB.
Sesi ini memberi gambaran keseluruhan tentang pengendalian Pengerusi ASEAN di bawah Kemboja dan membincangkan pencapaian signifikan yang telah disumbangkan oleh negara tersebut pada tahun 2022. Sesi ini juga menilai perkembangan semasa yang telah berlaku di bawah Pengerusi Kemboja, termasuk isu pemberian status pemerhati kepada Timor Leste. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rantau ASEAN juga dibincangkan secara lebih mendalam; terutama mengenai situasi di Myanmar.
Turut hadir pada sesi ini ialah Pemangku Pegawai Kaji Selidik Kanan dan pegawai-pegawai IPPSSHHB serta wakil-wakil daripada Jabatanarah Perisik dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.
IPPSSHHB mengadakan sesi perkongsian ini pada setiap bulan bagi menggalakkan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan pegawai kaji selidik di kementerian ini. Bagi tahun 2023, sesi perkongsian yang pertama akan dijadualkan berlangsung pada 26 Januari 2023.