
Friday, 22 July 2022 – The Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) welcomed a study visit by delegation from Malaysian Armed Forces Defence College (MAFDC) at the RBAF Defence Academy, Tanah Jambu this afternoon.
Leading the delegation of 86 officers from the MAFDC was First Admiral Badarudin bin Taha, Commandant of MAFDC. The head of delegation was received by Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), Ampuan Datin Yura Kasumawati binti Dato Paduka Haji Mohd Adnan, Acting Director of Defence Policy, and Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of the RBAF Defence Academy at the RBAF Defence Academy.
The visit was co-organised by RBAF Defence Academy and SHHBIDSS. The visit was part of the college curriculum which aims to give course participants a deeper understanding of the strategic environment and management of security and defence, in this case, for Brunei Darussalam, as well as enhancing the long-standing bilateral relationship between the Malaysian Armed Forces and the RBAF.

As part of the visit programme, SHHBIDSS had the opportunity to present on ‘Regional Security Outlook’. The presentation was given by Hajah Siti Diana binti Haji Othman, current acting Assistant Director of SHHBIDSS. The presentation outlined the latest developments on key regional defence and strategic issues, as well as the outlook of the security environment in the region.
In the past years, SHHBIDSS has received visits from local and international well-established think tanks as well as defence institutions. SHHBIDSS also had the privilege to host the study visit from MAFDC back in 2018 and 2019.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MPAT)
Jumaat, 22 Julai 2022 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan rasmi daripada Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Malaysia, di Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu petang tadi.
Mengetuai rombongan seramai 86 orang dari MPAT Malaysia ialah Laksamana Pertama Badarudin bin Taha, Komandan MPAT. Rombongan MPAT telah disambut oleh Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), Ampuan Datin Yura Kasumawati binti Dato Paduka Haji Mohd Adnan, Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, dan Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan Akademi Pertahanan ABDB di Akademi Pertahanan ABDB.

Lawatan ini dianjurkan bersama oleh IPPSSHHB dan Akademi Pertahanan ABDB. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada kurikulum kursus MPAT dan bertujuan untuk memberikan para peserta kursus kefahaman yang lebih mendalam mengenai persekitaran strategik dan pengurusan keselamatan dan pertahanan bagi Brunei Darussalam serta memperkukuhkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Angkatan Tentera Malaysia dan ABDB.
Dalam rangka lawatan tersebut, IPPSSHHB berpeluang menyampaikan pembentangan mengenai ‘Tinjauan Keselamatan Serantau’. Pembentangan tersebut disampaikan oleh Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Pemangku Penolong Pengarah IPPSSHHB. Pembentangan itu menggariskan perkembangan terkini mengenai pertahanan serantau dan isu-isu strategik, serta ramalan mengenai persekitaran keselamatan di rantau ini.
Di tahun-tahun kebelakangan, IPPSSHHB telah menerima kunjungan dari pusat-pusat penyelidikan yang ternama baik dari dalam dan luar negara termasuk institusi pertahanan. IPPSSHHB juga pernah menerima kunjungan daripada MPAT pada tahun 2018 dan 2019.