Sign In
SHHBIDSS PARTICIPATES IN INAUGURAL ASEAN THINK TANKS SUMMIT

JAKARTA, Tuesday, 9 September 2024 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the inaugural ASEAN Think Tanks Summit (ATTS), held at the ASEAN Secretariat in Jakarta from 9 to 10 September 2024.



 

The summit hosted by the Singapore Institute of International Affairs (SIIA) under the theme 'Revitalising Track 2 Dialogues for ASEAN Community Post-2025 Vision', brought together leading experts and institutions from across the region to discuss ways to enhance dialogue and cooperation in shaping ASEAN's future.

 

The summit opened with a keynote address by H.E. Dr. Kao Kim Hourn, Secretary-General of ASEAN, and formed part of the ASEAN-Institute of Strategic and International Studies (ASEAN-ISIS) network's activities, sponsored by the Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ). In H.E. Dr. Kao's keynote address, he touched upon the indispensable role of international leadership and innovating ideas in advancing ASEAN's regional integration through ASEAN think tanks and academics.



 

From SHHBIDSS, Ms. Noorhazwani binti Haji Ariffin, Acting Assistant Director, participated in Panel 5, entitled 'Rebuilding Strategic Trust - Strategic Communication and Confidence Building'. During the panel, Ms. Noorhazwani discussed the strategies to effectively operationalise the ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP).

 

The ATTS aims to bring representatives from the ASEAN-ISIS network and other think tanks in Southeast Asia and from ASEAN's dialogue partner countries to discuss key priorities of ASEAN. The discussion in the summit will culminate into a final policy memo with policy recommendations that will be submitted to the ASEAN Summits in Vientiane, Lao PDR in October 2024.



 

From Brunei Darussalam, Ms. Hjh Siti Diana binti Haji Othman, SHHBIDSS Research Officer also attended the summit, together with Dr. Azmi bin Mohamad, Research Officer from Brunei Darussalam Institute of Policy and Strategic Studies (BDIPSS), Ministry of Foreign Affairs.

 

SHHBIDSS regularly attends events such as the ATTS underscoring the importance of Track 2 dialogues in promoting regional peace and stability.






IPPSSHHB SERTAI ASEAN THINK TANKS SUMMIT YANG PERTAMA

 

JAKARTA, Selasa, 9 September 2024 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) menyertai ASEAN Think Tanks Summit (ATTS) yang pertama diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta dari 9 hingga 10 September 2024.

 

Sidang kemuncak ini dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) di bawah tema 'Revitalising Track 2 Dialogues for ASEAN Community Post-2025 Vision', menghimpunkan pakar dan institusi terkemuka dari seluruh rantau ini untuk membincangkan cara meningkatkan dialog dan kerjasama dalam membentuk masa depan ASEAN.

 

Sidang kemuncak itu dibuka dengan ucaptama oleh TYT Dr. Kao Kim Horn, Setiausaha Agung ASEAN, dan membentuk sebahagian daripada aktiviti rangkaian Institut Strategik dan Antarabangsa ASEAN (ASEAN-ISIS), ditaja oleh Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ). Dalam ucaptama beliau menyentuh mengenai peranan penting kepimpinan antarabangsa dan idea inovasi dalam memajukan integrasi serantau ASEAN melalui badan pemikir dan ahli akademik ASEAN.

 

Daripada IPPSSHHB, Noorhazwani binti Haji Ariffin, Pemangku Penolong Pengarah, telah menyertai Panel 5, bertajuk 'Rebuilding Strategic Trust - Strategic Communication and Confidence Building'. Di panel tersebut, beliau membincangkan strategi untuk mengimplementasikan secara berkesan bagi ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP).

 

ATTS bertujuan untuk membawa wakil dari rangkaian ASEAN-ISIS dan badan pemikir lain di Asia Tenggara dan dari negara rakan dialog ASEAN untuk membincangkan keutamaan ASEAN. Perbincangan dalam sidang kemuncak itu akan menghasilkan memo dasar dengan cadangan polisi yang akan dikemukakan kepada Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos PDR pada Oktober 2024.

 

Dari Negara Brunei Darussalam, Hjh Siti Diana binti Haji Othman, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB turut menghadiri sidang kemuncak tersebut, di samping Dr Azmi bin Mohamad, Pegawai Penyelidik dari Institut Kajian Dasar dan Strategik Brunei Darussalam (BDIPSS), Kementerian Luar Negeri.

 

IPPSSHHB kerap menghadiri acara seperti ATTS yang menekankan kepentingan dialog Trek 2 dalam mempromosikan keamanan, kestabilan serantau.



Latest News