
Friday, 27 September 2024 – Acting Director of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Haji Abdul Malik bin Haji Kamis welcomed Acting Deputy Director of Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKIAPCSS), Dr. Lori Forman to the Institute this morning.
During the visit, both Acting Directors reaffirmed their commitment to continue the friendly relation and active cooperation between Brunei Darussalam and the United States (US), specifically between SHHBIDSS and DKIAPCSS. Dr. Lori Forman also expressed her appreciation to SHHBIDSS for accepting the visit, and looked forward to fostering cooperation and future endeavours in the Track II platform.

In the call, both sides discussed and exchanged knowledge on current security and strategic issues of common concerns. From the robust discussion, SHHBIDSS and DKIAPCSS hoped to work together in various research arenas, such as facilitating talks, roundtables sessions, fellowship and courses.
Over the last few years, SHHBIDSS has welcomed and invited prominent speakers DKIAPCSS including Dr Alfred Oehlers and Dr Virginia Watson as part of the East Asia Security Outlook (EASO). In 2021, SHHBIDSS also had the privilege of working closely with DKIAPCSS in facilitating a dialogue webinar series focussing on 'Emerging Technologies'.

PEMANGKU PENOLONG PENGARAH DANIEL K. INOUYE ASIA-PACIFIC CENTER FOR SECURITY STUDIES MEMBUAT KUNJUNGAN KE IPPSSHHB
Jumaat, 27 September 2024 – Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), telah menerima kunjungan daripada Pemangku Penolong Pengarah Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKIAPCSS) Dr. Lori Forman ke Institut pada pagi ini.
Semasa lawatan tersebut, Pemangku Pengarah IPPSSHHB dan Pemangku Penolong Pengarah DKIAPCSS menegaskan semula komitmen kedua-dua pihak untuk menyokong hubungan mesra dan kerjasama padu di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Dr. Lori Forman turut menyatakan penghargaan kepada IPPSSHHB kerana menerima kunjungan beliau, dan berharap agar dapat menerokai peluang kerjasama di antara kedua buah negara di landasan Trek II.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak berbincang dan bertukar pengetahuan mengenai keadaan keselamatan semasa dan isu-isu strategik yang menjadi kebimbangan bersama. Daripada perbincangan tersebut, IPPSSHHB dan DKIAPCSS berharap dapat bekerjasama dalam pelbagai arena penyelidikan, seperti mengadakan ceramah bersama, sesi roundtable, fellowship dan kursus.
Di tahun-tahun kebelakangan ini, IPPSSHHB telah menjemput penceramah terkemuka dari DKIAPCSS iaitu Dr Alfred Oehlers and Dr Virginia Watson sebagai pembentang seminar East Asia Security Outlook (EASO). Pada tahun 2021, IPPSSHHB berbesar hati dapat bekerjasama dengan DKIAPCSS dalam sama-sama menjayakan sesi dialog webinar bersiri bertajuk 'Emerging Technologies'.