Thursday, 28 November 2024 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held a Special Sharing Session at SHHBIDSS' Board Meeting Room today, titled 'Donald Trump's Return to the Presidency: Leadership and Policy Expectations'.
The Special Sharing Session began with welcoming and introductory remarks by the Acting Director of SHHBIDSS, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis. Meanwhile, SHHBIDSS research officers, Ms. Diana Othman and Mr. Faiz Nazri, provided the presentation as scene-setters, and moderated by the Senior Research Officer of SHHBIDSS, Ms. Noorhazwani Ariffin.
The Special Sharing Session examined President-Elect Donald Trump's political resurgence, focusing on the potential implications of his second term for both domestic and international landscapes. It highlighted how Trump's return to the presidency could reshape U.S. policies, particularly through his "America First" agenda. The discussion also focused on Trump's impact on global geopolitics, particularly on Sino-U.S. competition, as well as prospects for defence engagement with Southeast Asian countries and ASEAN.
Also taking part and sharing their perspectives were officers from the Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.
Such a session is periodically held to encourage discussions and exchange of perspectives on current issues between the research officers in the Ministry of Defence.
SESI PERKONGSIAN KHAS IPPSSHB BERTAJUK 'DONALD TRUMP KEMBALI KE JAWATAN PRESIDEN: JANGKAAN KEPIMPINAN DAN DASAR'
Khamis, 28 November 2024 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan Sesi Perkongsian Khas di Bilik Lembaga Mesyuarat IPPSHHB, yang bertajuk 'Donald Trump Kembali ke Jawatan Presiden: Jangkaan Kepimpinan dan Dasar'.
Sesi Perkongsian Khas ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan oleh Pemangku Pengarah IPPSSHHB, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis. Sementara itu, pegawai penyelidik IPPSSHHB, Diana Othman dan Faiz Nazri, telah memberikan pembentangan sebagai scene-setter, dan dimoderasikan oleh Pegawai Penyelidik Kanan IPPSSHHB, Noorhazwani Ariffin.
Sesi Perkongsian Khas ini meneliti kebangkitan semula politik 'Presiden Terpilih' Donald Trump, dengan memberi tumpuan kepada potensi implikasi penggal keduanya terhadap landskap domestik dan antarabangsa. Sesi ini menyoroti bagaimana kembalinya Trump ke jawatan presiden dapat merubah dasar-dasar Amerika Syarikat, terutamanya melalui agenda 'America First'-nya. Perbincangan juga menumpukan kepada kesan kepimpinan Trump terhadap geopolitik global, terutamanya persaingan Sino-U.S., serta prospek kerjasama pertahanan dengan negara-negara Asia Tenggara dan ASEAN.
Turut hadir dan berkongsi perspektif ialah Pegawai-Pegawai dari Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.
Sesi seperti ini diadakan secara berkala untuk menggalakkan perbincangan dan pertukaran perspektif mengenai isu-isu semasa dalam kalangan pegawai penyelidik di Kementerian Pertahanan.