Wednesday, 5 February 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held an introductory session with the Directorate of Administration and Manpower (DAM) today at the SHHBIDSS Board Meeting Room.
The session was led by SHHBIDSS Director, Dk. Dr Noorhasharina binti Pg Haji Hassan, who welcomed the Acting Director of the Directorate of Administration & Manpower Acting Director, Haji Kamarul Azam bin Haji Mohamad.
The session provided an opportunity for both sides to introduce their respective functions and roles, exchange insights, and discuss ways to enhance collaboration. The discussions fostered a constructive dialogue on shared challenges while exploring positive and practical approaches to address them.
This engagement reflects SHHBIDSS’s commitment to strengthening cooperation with DAM. By deepening mutual understanding and fostering open communication, both institutions aim to enhance efficiency and support the ministry’s objectives.
The session concluded with a shared commitment to continuous dialogue and collaboration in the future.
IPPSSHHB ADAKAN SESI PENGENALAN BERSAMA DIREKTORAT PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA
Rabu, 5 Februari 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHB) telah mengadakan sesi pengenalan bersama Direktorat Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) hari ini di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, IPPSSHHB.
Sesi tersebut yang diketuai oleh Dk. Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB mengalu-alukan Pemangku Pengarah Direktorat Pentadbiran & Tenaga Manusia, Haji Kamarul Azam bin Haji Mohamad petang tadi.
Sesi tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling memperkenalkan fungsi dan peranan jabatan masing-masing, saling bertukar-tukar pandangan, dan membincangkan kaedah untuk meningkatkan lagi kerjasama yang sedia ada. Perbincangan tersebut memupuk dialog yang konstruktif dalam mengatasi cabaran bersama disamping meneroka pendekatan yang positif dan praktikal untuk menanganinya.
Sesi ini mencerminkan komitmen IPPSSHHB untuk mengukuhkan kerjasama bersama JPTM. Dengan memperdalam persefahaman bersama dan memupuk komunikasi terbuka (open communication), kedua-dua pihak bertekad untuk meningkatkan kecekapan dan menyokong objektif Kementerian.
Sesi ini diakhiri dengan kedua-dua pihak komited untuk mengadakan dialog dan kerjasama berterusan di masa akan datang.