
Thursday, 11 August 2022 - Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its sixth Sharing Session of the year at SHHBIDSS' Executive Smart Class. Setting the scene over the session titled, 'Women, Peace and Security: Exploring Progress and Potential for Brunei Darussalam's Defence and Security Sector' was Muizzah Harun, Research Officer at the Institute.

The session explored the Women, Peace and Security (WPS) Agenda; global, regional and national progress of advancing the agenda's objectives; as well as the role of women in defence and security. Meanwhile, participants discussed current achievements and challenges facing women serving in Brunei Darussalam's defence and security sector, and reviewed key areas to further enhance the capacity and development of women, particularly for the Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Present during the session were representatives from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Joint Force Headquarters, RBAF, as well as the Directorate of Intelligence, Directorate of Personnel, Directorate of Defence Policy and RBAF Religious Directorate, Ministry of Defence, Brunei Darussalam.

SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 06/2022
Khamis, 11 Ogos 2022 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan Sesi Perkongsian kali keenam pada tahun ini, di Bilik Eksekutif, IPPSSHHB. Sesi bertajuk, 'Wanita, Keamanan dan Keselamatan: Menerokai Kemajuan dan Potensi bagi Sektor Pertahanan dan Keselamatan di Negara Brunei Darussalam' telah disampaikan oleh Muizzah Harun, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB.
Sesi tersebut mengetengahkan mengenai Agenda Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS); usaha-usaha untuk meningkatkan perkembangan agenda dari aspek global, serantau dan nasional; serta peranan dan penglibatan wanita dalam sektor pertahanan dan keselamatan. Manakala, para peserta membincangkan pencapaian dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para wanita yang berkhidmat di dalam sektor pertahanan dan keselamatan Negara Brunei Darussalam, serta meneliti hala tuju bagi meningkatkan kapasiti serta perkembangan wanita, terutamanya bagi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Turut hadir pada sesi tersebut ialah wakil-wakil daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama, ABDB, serta Jabatanarah Perisikan, Jabatanarah Keanggotaan, Jabatanarah Dasar Pertahanan, dan Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.