Sign In
WORKSHOP ON ENGLISH LANGUAGE WRITING FOR PUBLICATION


Wednesday, 05 January 2022 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, with the assistance from I-Bayan Venture Company are co-organising a Workshop on English Language Writing for Publication, which runs from 05 to 11 January 2022 for Phase 1 and from 02 to 03 March 2022 for Phase 2.  The course is attended by 14 participants, comprising the military and civilian officers from directorates and units in the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces.

 

The co-organiser of the programme, I-Bayan Venture Company consists of locally based instructors and facilitators, headed by Dr Haji Suhaimi bin Haji Abdul Karim, who is the Managing Director of I-Bayan Venture Company and an accomplished Librarian by profession.


 


This is an inaugural programme hosted by the Institute, aiming at enhancing the participants' writing skills that reach publication standards, whereby the workshop focuses on the organisation of research, with an emphasis on introductory writing and discussion sections. Key highlights in English Writing for Publication include clarity, concise abstracts, and learning about the subtle nuances involved in writing a research paper. 

This training is also intended to assist officers in improving the efficiency and productivity of departments within the ministry in producing more frequent and quality writing. The next and final phase of the Workshop is scheduled to take place on 02 and 03 March 2022 for debriefing session.

 

BENGKEL PENULISAN BAHASA INGGERIS UNTUK PENERBITAN

 

Rabu, 05 Januari 2022 – Institut Pertahanan dan Kajian Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dengan bantuan daripada Syarikat I-Bayan Venture sedang menganjurkan Bengkel Penulisan Bahasa Inggeris untuk Penerbitan, yang berlangsung dari 05 hingga 11 Januari 2022 untuk Fasa 1 dan dari 02 hingga 03 Mac 2022 bagi Fasa 2. Kursus ini disertai oleh 14 orang peserta terdiri dari para pegawai tentera dan awam daripada jabatanarah dan unit di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Penganjur bersama program, Syarikat I-Bayan Venture terdiri dari tenaga-tenaga pengajar dan fasilitator tempatan, diketuai oleh Dr Haji Suhaimi bin Haji Abdul Karim, beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat I-Bayan Venture dan seorang pakar profesional di bidang Pustakawan. 

Ini merupakan program yang julung kalinya dihoskan oleh Institut ini, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan para peserta yang mencapai piawaian penerbitan, di mana bengkel ini memberi tumpuan kepada penyusunan penyelidikan, dengan penekanan kepada bahagian penulisan pengenalan dan perbincangan. Tujuan utama dalam Penulisan Inggeris untuk Penerbitan juga termasuk kejelasan, abstrak yang ringkas, dan pembelajaran tentang nuansa halus yang terlibat dalam penulisan kertas penyelidikan.​

Latihan ini juga dihasratkan untuk membantu para pegawai dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti jabatan-jabatan di dalam kementerian dalam menghasilkan karya tulisan yang lebih kerap dan berkualiti. Fasa seterusnya dan terakhir Bengkel dijadualkan berlangsung pada 02 dan 03 Mac 2022 untuk sesi maklumbalas.

Latest News