Sign In
THE NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) WORKSHOP ON “ASEAN SECURITY CHALLENGES IN THE NEXT FIVE YEARS (2023-2027)”

NADI Thailand.jpeg

Tuesday, 28 June 2022 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Workshop held by Strategic Studies Center, Thailand from Tuesday, 26 June 2022 to Thursday, 30 June 2022.

The workshop was chaired by Major General Pratuang Piyakapho, Director of Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute, Thailand via video-teleconference and attended by members of NADI from all ten ASEAN countries.

With the theme 'ASEAN Security Challenges in The Next Five Years (2023-2027)', the workshop discussed on the common security challenges to ASEAN that can be anticipated in the next five years, as well as future scenarios for ASEAN security within the same time period. 

1.png

Leading SHHBIDSS' delegation for the NADI Workshop was Mr Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of SHHBIDSS. Also in attendance were representatives from Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence, Brunei Darussalam.

Inaugurated in 2007, NADI is a Track II platform that brings in policy analysts, academics and defence officials specialising in defence and security issues together to discuss issues related to defence and security cooperation and to develop recommendations to support the Track I platform, specifically the ADMM.


WOKSYOP RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) MENGENAI "CABARAN KESELAMATAN ASEAN BAGI TEMPOH LIMA TAHUN AKAN DATANG (2023-2027)"

4.png

Selasa, 28 Jun 2022 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menghadiri Woksyop Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) yang diadakan dari hari Selasa, 28 Jun 2022 hingga Khamis, 30 Jun 2022.

Woksyop tersebut dipengerusikan oleh Major General Pratuang Piyakapho, Pengarah Pusat Pengajian Strategik, Institut Pengajian Pertahanan Nasional secara dalam talian dihadiri oleh kesemua ahli-ahli NADI yang terdiri daripada sepuluh negara-negara ASEAN.

Bertemakan 'Cabaran Keselamatan ASEAN Bagi Tempoh Lima Tahun Akan Datang (2023-2027)', woksyop tersebut membincangkan mengenai ramalan cabaran keselamatan serantau bagi tempoh lima tahun akan datang, serta senario-senario keselamatan ASEAN pada jangka masa yang sama. 

1.png

Mengetuai delegasi IPPSSHHB ialah Tuan Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah IPPSSHHB. Turut menghadiri woksyop tersebut adalah wakil dari Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.

Dirasmikan pada 2007, NADI ialah landasan Trek II dimana para penganalisa dasar, ahli akademik dan pegawai-pegawai pertahanan yang berkepakaran dalam isu-isu pertahanan dan sekuriti membincangkan isu-isu berkaitan dengan jalinan kerjasama dalam bidang pertahanan dan sekuriti bagi memberikan cadangan dalam menyokong landasan Trek I, khususnya ADMM.


Latest News