Sign In
BEIJING XIANGSHAN FORUM WEBINAR ENTITLED 'THE IMPACT OF THE CHANGING INTERNATIONAL AND REGIONAL LANDSCAPE ON SOUTHEAST ASIA AND ASEAN'S RESPONSE'

Thursday, 15 September 2022 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the Beijing Xiangshan Forum webinar series on 15 September 2022.

SHHBIDSS Acting Director, Mr. Haji Abdul Malik Bin Haji Kamis was invited as one of the speakers for the second panel. In attendance were also Research Officers from the Institute.

With the theme 'The Impact of the Changing International and Regional Landscape on Southeast Asia and ASEAN's Response', the webinar focused on four topics; 1. What are the most prominent security challenges to the Southeast Asian region today?; 2. What are the implications of the U.S. "Indo-Pacific Strategy" for regional security? How a full play of ASEAN centrality can be ensured in regional affairs?; 3. What are the factors affecting the security cooperation between ASEAN states and China? In what areas, by what concrete measures, and through what mechanisms do ASEAN states wish to develop defense and security cooperation with China?; and 4. How should China and Southeast Asian states handle differences properly, enhance crisis management and mitigate risks? How could they make their interactions in international affairs more cooperative?.


The Beijing Xiangshan Forum is organised by the China Association for Military Sciences. Initiated in 2006, the Forum is dedicated to promoting exchanges and cooperation among defence institutions, armed forces, international organisations and experts.

WEBINAR BEIJING XIANGSHAN FORUM BERTAJUK 'KESAN PERUBAHAN LANDSKAP ANTARABANGSA DAN SERANTAU TERHADAP ASIA TENGGARA DAN RESPON ASEAN'
 
Khamis, 15 September 2022 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menyertai webinar bersiri Beijing Xiangshan Forum pada 15 September 2022.

Pemangku Pengarah IPPSSHHB, Haji Abdul Malik Bin Haji Kamis telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi sesi kedua webinar tersebut. Webinar itu juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Penyelidik Institut.


Bertemakan 'Kesan Perubahan Landskap Antarabangsa Dan Serantau Terhadap Asia Tenggara Dan Respon ASEAN', webinar tersebut fokus kepada empat tajuk berikut; 1. Apakah cabaran keselamatan yang paling menonjol di rantau Asia Tenggara pada masa ini?; 2. Apakah implikasi "Strategi Indo-Pasifik" Amerika Syarikat untuk keselamatan serantau? Bagaimanakah ASEAN centrality sepenuhnya dapat dipastikan dalam hal ehwal serantau?; 3. Apakah faktor yang mempengaruhi kerjasama keselamatan antara negara ASEAN dan China? Dalam bidang apakah, langkah konkrit dan melalui mekanisme apakah negara-negara ASEAN ingin membangunkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan China?; dan 4. Bagaimanakah China dan negara Asia Tenggara harus mengendalikan perbezaan dengan betul, meningkatkan pengurusan krisis dan mengurangkan risiko? Bagaimanakah mereka boleh meningkatkan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa?.

Beijing Xiangshan Forum dianjurkan oleh China Association for Military Sciences. Dimulakan pada tahun 2006, Beijing Xiangshan Forum bertujuan menggalakkan pertukaran padangan dan kerjasama dalam kalangan institusi pertahanan, angkatan tentera, organisasi antarabangsa serta pakar-pakar.


Latest News