Sign In
THE HIGH COMISSIONER OF CANADA TO BRUNEI DARUSSALAM VISITS SHHBIDSS




Thursday, 4 May 2023 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) led by Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director welcomed the High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam, Her Excellency Ambra Dickie this afternoon.




During the visit, the Acting Director of SHHBIDSS shared insights on the Institute's key functions, priority research areas, as well as activities and projects. Additionally, the visit also saw exchange of views on regional defence and security issues, and explored potential avenues for collaboration opportunities and engagement between SHHBIDSS and like-minded defence and security institutions in Canada.

Previously, in 2016 SHHBIDSS was represented in the inaugural Future Leaders Programme (FLP) held alongside the Maritime Security Challenges 2016 (MSC16) Conference held in Victoria, British Columbia, Canada. The programme intended to foster dialogue amongst mid-career officials from navies, coast guards, and other maritime agencies from around the Indo-Pacific region.

Overall, Brunei Darussalam and Canada enjoys warm and cordial bilateral relationship since diplomatic ties were established in 1984.


PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MEMBUAT KUNJUNGAN KE IPPSSHHB


Khamis, 4 Mei 2023 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) diketuai oleh Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah IPPSSHHB telah menerima kunjungan daripada Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam pada petang ini.

Semasa kunjungan tersebut, Pemangku Pengarah IPPSSHHB mengongsikan peranan, keutamaan bidang penyelidikan, serta aktiviti dan program pengendalian Institut. Kunjungan tersebut diteruskan dengan pertukaran pandangan mengenai perkembangan pertahanan dan keselamatan serantau, serta menerokai peluang kerjasama diantara IPPSSHHB bersama institut-institut pertahanan dan keselamatan yang seumpamanya di Kanada.

Pada tahun 2016, pegawai penyelidik IPPSSHHB telah menyertai Future Leaders Programme (FLP) yang merupakan sebahagian daripada Persidangan Maritime Security Challenges 2016 (MSC16) di Victoria, British Columbia, Kanada. Program tersebut bertujuan untuk memupuk dialog di kalangan pegawai peringkat pertengahan yang terdiri dari angkatan tentera laut, pengawas pantai dan agensi maritim dari wilayah Indo-Pasifik.

Secara keseluruhan, Negara Brunei Darussalam dan Kanada mempunyai hubungan dua hala yang baik sejak menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1984.


Latest News