Sign In
THE OPENING CEREMONY OF THE 18TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP) BY THE MINISTRY OF DEFENCE

​​Monday, 24 July 2023 – The Ministry of Defence is conducting its 18th Executive Development Programme (EDP) for senior government officials on Public Policy and Management at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison from 24 July until 27 October 2023.

JG8_8791.JPG

This year's EDP consists of 30 participants, including 15 senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), two officers from the Royal Brunei Police Force (RBPF), seven senior officers from various government ministries (Prime Minister's Office, Ministry of Defence, Ministry of Finance and Economy, Ministry of Health and Ministry of Development), as well as six foreign senior officers from Republic of Indonesia, Malaysia, Sultanate of Oman, Republic of Philippines, Republic of Singapore, and Socialist Republic of Viet Nam.

Facilitated by SHHBIDSS, the three-month programme will be conducted by the Lee Kuan Yew School of Public Policy at the National University of Singapore (LKYSPP); a faculty of highly experienced academicians and experts. In addition to the classroom-based learnings, the programme will also feature local content component such as presentations and talks from invited speakers and visits to various ministries/agencies, in an effort to provide a more in-depth understanding of Brunei Darussalam's strategic environment, alongside its primary focus on public policy and management.

JG8_8832.JPG

The 18th EDP is officiated by Pengiran Dr Haji Mohd Esa Al-Islam Bin Pengiran Haji Mohd Yunus, Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence. He emphasised how the Ministry of Defence's founding of the course is reflective of the Ministry's substantial investment on capacity-building programmes towards achieving a professional and highly effective work force. In addition, he also highlighted the long-running partnership between the Ministry of Defence and LKYSPP is a testament to the continuous commitment and dedication from both organisations towards the success of the EDP.


JG8_8809.JPG 

During the event, also present was the team from LKYSPP. Heading the delegation was Dr Woo Jun Jie, Senior Research Fellow at LKYSPP, in which he highlighted the continued close relations between the two institutions, in areas of professional development and education.

A total of 417 senior officers have completed MINDEF's EDP programme since it was first inaugurated in 2004.


MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI KE-18 ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN


Isnin, 24 Julai 2023 – Kementerian Pertahanan sedang mengungkayahkan Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi pegawai-pegawai kanan dalam bidang Dasar Awam dan Pengurusan kali ke-18 bertempat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Bolkiah Garison bermula dari 24 Julai hingga 27 Oktober 2023.

Program Perkembangan Eksekutif pada tahun ini terdiri daripada 30 peserta kursus, termasuk 15 Pegawai Kanan Tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dua orang Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, tujuh Pegawai Kanan dari kementerian-kementerian kerajaan (Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan) serta enam Pegawai Kanan luar negara daripada Republik Filipina, Republik Indonesia, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Singapura dan Republik Sosialis Viet Nam.

Diselenggarakan oleh IPPSSHHB, program selama tiga bulan ini akan disampaikan oleh ahli fakulti yang terdiri dari para akademik dan pakar-pakar berpengalaman dari Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), Universiti Kebangsaan Singapura. Program ini juga akan menampilkan pengisian tempatan seperti pembentangan daripada penceramah jemputan khas dan lawatan-lawatan ke beberapa kementerian/agensi dalam usaha untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam, di samping tumpuan utamanya terhadap dasar dan pengurusan awam.

Program EDP kali ke-18 telah dirasmikan oleh Pengiran Dr Haji Mohd Esa Al-Islam Bin Pengiran Haji Mohd Yunus, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan. Beliau menegaskan bahawa pembentukan kursus ini merupakan cerminan bagi pelaburan yang kukuh Kementerian Pertahanan dalam program-program berbentuk pembangunan kapasiti, kearah mencapai tenaga kerja yang professional dan berkualiti tinggi. Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan bahawa perkongsian yang telah lama terjalin di antara Kementerian Pertahanan dan LKYSPP yang menggambarkan komitmen dan dedikasi yang berterusan di antara kedua-dua buah organisasi dalam menjayakan program EDP ini.

Pada acara berkenaan, turut hadir adalah delegasi daripada LKYSPP. Mengetuai delegasi berkenaan ialah Dr Woo Jun Jie, Felo Penyelidik Kanan di LKYSPP, di mana beliau menyentuh mengenai hubungan erat yang berterusan di antara kedua-dua buah institusi, dalam bidang pembangunan professional dan pendidikan.

Seramai 417 para pegawai kanan telah berjaya menamatkan Program Perkembangan Eksekutif anjuran Kementerian Pertahanan ini sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004.


Latest News