Sign In
AUSTRALIAN DEPARTMENT OF FOREIGN AFFAIRS AND TRADE (DFAT) CHIEF ECONOMIST VISIT TO SHHBIDSS

13.20 (1).jpeg


Monday, 13 November 2023 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) led by Acting Director, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis welcomed Mr David Woods, Chief Economist of the Department of Foreign Affairs and Trade (DFAT), Australia this afternoon.

During the visit, SHHBIDSS shared insights on the Institute's key functions and key priority research. Additionally, the visit also saw exchange of views on the relationship between economics and international security. Among others, the discussion touched on geopolitical dynamics and economic security, managing foreign investment opportunities and risks, as well as security implications from the transition to green economy.

Previously, SHHBIDSS had the privilege of hosting esteemed speakers from Australian organisations and think tanks as well as partake in the Institute's annual flagship seminar, the East Asia Security Outlook (EASO). This engagement demonstrates Brunei Darussalam and Australia longstanding and positive bilateral relationship on a Track II level. 


KETUA AHLI EKONOMI JABATAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN (DFAT) MEMBUAT KUNJUNGAN KE IPPSSHHB


Isnin, 13 November 2023 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) diketuai oleh Pemangku Pengarah, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis IPPSSHHB telah menerima kunjungan daripada Tuan David Woods, Ketua Ahli Ekonomi daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT), Australia pada petang ini.

Semasa kunjungan tersebut, pihak IPPSSHHB telah mengongsikan fungsi dan peranan utama Institut dalam bidang penyelidikan. Kunjungan tersebut diteruskan dengan pertukaran pandangan mengenai hubungan ekonomi dan keselamatan antarabangsa. Dalam perbincangan tersebut juga, beberapa perkara seperti dinamik geopolitik dan dayatahan ekonomi, pengurusan peluang dan risiko pelaburan langsung asing, serta peralihan ekonomi hijau (green economy) dan implikasinya terhadap keselamatan juga turut diketengahkan.

Sebelum ini, IPPSSHHB berpeluang menerima kunjungan dari beberapa penceramah daripada badan pemikir dan organisasi Australia termasuk menyertai sebagai ahli panel dalam Seminar East Asia Security Outlook (EASO), salah satu seminar tahunan yang dikelolakan oleh IPPSSHHB. Komitmen ini menunjukkan hubungan dua hala antara Brunei Darussalam dan Australia yang telah lama terjalin dan positif di peringkat Trek II.​


Latest News