Sign In
AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO BRUNEI DARUSSALAM VISIT SHHBIDSS

11.52.03 (2).jpeg


Monday, 4 December 2023 – Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) Haji Abdul Malik bin Haji Kamis welcomed the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People's Republic of China to Brunei Darussalam His Excellency Xiao Jianguo to the Institute this morning.

During the visit, both His Excellency and Acting Director of SHHBIDSS reaffirmed their commitment to continue and support the warm bilateral relations between Brunei Darussalam and the People's Republic of China. The visit also explored potential avenues for future endeavours and cooperation between the Institute with Chinese think tanks and relevant stakeholders, to further strengthen both relations on a Track II level.

Previously, SHHBIDSS had the privilege of hosting esteemed speakers from Chinese organisations and think tanks including from China Foreign Affairs University (2016), Jinan University (2012), and Peking University (2011), to partake in the Institute's annual flagship seminar, the East Asia Security Outlook (EASO). The Institute was also given the opportunity to participate in the Beijing Xiangshan Forum, as well as, received invitations to attend and serve as panellists in a number of Chinese-organised forums.

 

DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMBUAT KUNJUNGAN KE IPPSSHHB


Isnin, 4 Disember 2023 – Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, telah menerima kunjungan daripada Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Republik Rakyat China Ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo di Institut pada pagi ini.

Semasa kunjungan tersebut, Tuan Yang Terutama dan Pemangku Pengarah IPPSSHHB menegaskan kembali komitmen kedua-dua pihak untuk menyokong hubungan dua hala yang erat diantara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Dalam kunjungan tersebut juga, kedua-dua pihak saling menerokai peluang kerjasama di antara Institut dan badan pemikiran serta pihak yang berkepentingan dari China, bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua negara di peringkat Landasan II. 

Sebelum ini, IPPSSHHB telah mengalu-alukan dan menjemput beberapa penceramah daripada badan pemikiran dan organisasi daripada China termasuk China Foreign Affairs University (2016), Jinan University (2012), dan Peking University (2011), untuk menyertai Seminar East Asia Security Outlook (EASO), salah satu seminar tahunan yang dikelolakan oleh IPPSSHHB. Institut ini juga telah diberikan peluang untuk menyertai Beijing Xiangshan Forum, serta menerima beberapa jemputan untuk menghadiri dan memberikan pembentangan sebagai ahli panel di dalam forum-forum anjuran China.​


Latest News