Sign In
MINISTRY OF DEFENCE JOINED BRUNEI DARUSSALAM’S 40th NATIONAL DAY CELEBRATION


HASSANAL BOLKIAH NATIONAL STADIUM, Saturday, 24 February 2024  His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family, has consented to grace Brunei Darussalam's 40th National Day Celebration Grand Assembly with citizens and residents of the country held at the Hassanal Bolkiah National Stadium, Berakas.

With the theme 'Bersatu Mencapai Cita Negara', Brunei Darussalam's 40th National Day Celebration began with the National Anthem upon the arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, followed by the inspection of the Guard of Honour. The Guard of Honour contingent was led by Lieutenant Colonel Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, comprising 409 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF) and the combined band from both the RBAF and RBPF.


170 contingents involving approximately 14,120 participants in the march past.  The march past began with the contingent carrying the giant-sized national flag of Brunei Darussalam which was led by 1340 Lieutenant Junior Grade Muhammad Hisyam bin Roslee along with 40 personnel from Training Institute RBAF (TI RBAF). Followed by, the Brunei Darussalam and the 40th National Day Logo flags bearers by 89 personnel from TI RBAF and 50 personnel from the RBPF led by 1351 Captain (U) Mohammad Noor Ali Hussyaini @ Roy Bin Haji Suhaili. Following this, the Pipes and Drums of the Second and Third Battalion of the RBLF.


Meanwhile, 1,040 RBAF personnel participated in the march past under the Uniformed Personnel group consists of the combined members of Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), RBAF Women Military Personnel and Royal Brunei Malay Reserve Regiment led by 520 Captain Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, Commander of the RBN Fleet. The march past highlighted the concept of joint operations.


400 male and female military retirees also joined the RBAF Veteran Team led by Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong and Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Daud who were the two pioneer officers from amongt the first three officers of the Brunei Malay Regiment. Also in the contingent were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister in the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, former RBAF Commanders and former Service Commanders. This team was also escorted by 40 members carrying the national flag, symbolising patriotic spirit in each member of the veteran towards supporting sovereignty and defending independence by pledging to remain loyal to the king and the country.




In the other segment, a total of 141 civilians from the Ministry of Defence also participated in the parade under the Public Sector Group that consisted of teams from all ministries and government agencies. The contingent from the Ministry of Defence was led by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence. Additionally, a total of 197 civilians from the Ministry of Defence participated in the Human LED performances, and another 27 civilians participated in the choir performances.




A total of 500 RBAF personnel also participated in the mini tatu field performance theme “Bersatu Mempertahankan Bangsa" in making seven different formation of patterns and shapes along with the Silent Parade Drill Squad RBLF. The combined band from the RBAF and the Pipes and Drums of the RBLF has enlivened the field performance. This segment witnessed an abseiling act from two towers of the stadium by four members of No. 31 Squadron RBAirF carrying with them the 40th National Day Logo flags. A parachute shows by two parachutists from the No. 31 Squadron RBAirF and another two more parachutists from the Special Force Regiment carrying the national flag of Brunei Darussalam and the 40th National Day Logo flags led by Major Moza Syaffiarizal bin Haji Mohammad ended this segment.


The finale of the 40th National Day celebration concluded with a fly-past of four Blackhawk S70i helicopters and two C295MW transport aircrafts RBAirF.


In addition to that, about 260 RBAF members were also involved in providing support services namely medical services, march past trainers dan escorts, and air element coordination team.


Brunei Darussalam achieved full independence on 1 January 1984 and the monumental declaration took place at Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. In the same year, the official establishment of the Ministry of Defence took place.

 

KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-40

 

 

STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH, Sabtu, 24 Februari 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berserta Ahli-ahli Kerabat Diraja, telah berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-40 bersama rakyat dan penduduk negara ini yang bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Dengan tema 'Bersatu Mencapai Cita Negara', Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-40 pada tahun ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan sejurus keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan. Kontigen Perbarisan Kawalan Kehormatan diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman yang melibatkan seramai 409 anggota yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB.

 

Sebanyak 170 kontingen yang melibatkan lebih kurang 14,120 orang peserta telah menyertai perbarisan lalu. Perbarisan lalu dimulakan dengan kontinjen Pembawa Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh 1340 Leftenan Madya Muhammad Hisyam bin Roslee dengan keramaian 40 anggota daripada Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Diikuti dengan kumpulan Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam dan Bendera Logo Sempena Hari Kebangsaan yang ke-40 dengan keramaian 89 anggota daripada IL ABDB dan 50 anggota PPDB yang diketuai oleh 1351 Kapten (U) Mohammad Noor Ali Hussyaini @ Roy Bin Haji Suhaili dengan diiringi oleh gabungan Pasukan Pancaragam Serunai dan Tambur Battalion Kedua dan Ketiga TDDB.


Manakala, seramai 1,040 anggota ABDB menyertai perbarisan berjalan lalu di bawah Kumpulan Pasukan-pasukan Anggota Beruniform, yang terdiri daripada gabungan anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Askar Wanita ABDB dan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei yang diketuai oleh 520 Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Armada TLDB. Konsep perbarisan lalu ini mengetengahkan gambaran konsep gerakan operasi yang bersepadu.

 

Seramai 400 pesara-pesara tentera lelaki dan wanita juga turut menyertai Pasukan Veteran ABDB yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Daud yang merupakan dua pegawai perintis dari tiga pegawai pertama Askar Melayu Brunei. Turut menyertai ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, mantan-mantan Pemerintah ABDB dan mantan-mantan Pemerintah Angkatan Tentera. Pasukan ini juga diiringi oleh 40 anggota pembawa bendera negara, memberikan simbolik keutuhan semangat di setiap anggota veteran ke arah mendokong kedaulatan dan mempertahankan kemerdekaan dengan berikrar akan terus taat setia kepada raja dan negara.

 

Manakala di segmen seterusnya, seramai 141 pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan turut menyertai perbarisan lalu dibawah Kumpulan Sektor Awam yang terdiri dari seluruh Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan. Kontigen Kementerian Pertahanan telah diketuai oleh Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Selain daripada itu juga, seramai 197 kakitangan awam Kementerian Pertahanan menyertai acara persembahan Human LED. Manakala, seramai 27 kakitangan awam pula turut menyertai persembahan koir.

 

Seramai 500 anggota ABDB pula menyertai persembahan padang mini tatu yang bertemakan “Bersatu Mempertahankan Bangsa" dengan membentuk tujuh jenis corak dan formasi bersama-sama dengan Skuad Kawad Senyap dan Tepat TDDB. Turut sama-sama menyerikan persembahan padang tersebut ialah Gabungan Pancaragam ABDB bersama Pasukan Pancaragam Serunai dan Tambur TDDB. Segmen tersebut juga turut menyaksikan aksi turun tali dari dua buah menara stadium oleh empat anggota No. 31 Skuadron TUDB yang membawa bendera logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke-40. Satu pertunjukan payung terjun daripada dua penerjun No 31 Skuadron TUDB dan dua lagi penerjun daripada Rejimen Pasukan Khas yang membawa bendera negara Brunei Darussalam dan juga bendera logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke-40 yang diketuai oleh 717 Mejar Moza Syaffiarizal bin Haji Mohammad telah mengakhiri segmen ini.

 

Acara kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-40 pada kali ini disudahi dengan penyertaan terbang lalu dari empat buah helikopter Blackhawk S70i dan dua buah pesawat angkut C295MW dari TUDB.

 

Disamping itu juga, seramai lebih kurang 260 anggota ABDB turut terlibat didalam memberikan khidmat bantuan diantaranya bantuan perubatan, pelatih-pelatih dan pengawal perbarisan jalan lalu dan tim koordinasi elemen udara.

 

Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 1 Januari 1984 dan pemasyhuran kemerdekaan telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Pada tahun yang sama juga, Kementerian Pertahanan secara rasminya ditubuhkan.


Latest News