Sign In
Welcome Message by SHHBIDSS

Welcome Message.png

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Warmest greetings from SHHBIDSS,

 

By the grace and blessings of Allah Subhanahu Wa Ta'ala, the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) welcomes you to our website. Through this platform, we are hopeful that it will further strengthen and expand our networks. The launching of SHHBIDSS' website is timely as the institute celebrates its 15th anniversary. Looking ahead, we hope to continue to provide key deliverables to our stakeholders through existing channels and platforms.

 

SHHBIDSS was officiated on 31 May 2006 by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, during the Royal Brunei Armed Forces' 45th Anniversary. As Brunei Darussalam's premier think tank organisation that assesses defence, strategic and security issues, the Institute – under the ambit of Brunei Darussalam's Ministry of Defence (MINDEF) – has made humble strides in the development of its programs and research capability. In short, SHHBIDSS undertakes research programmes; capacity building; hosts defence and security events; and provides platforms to discuss and exchange views on the aforementioned genre. Concomitantly, the Institute produces defence and strategic analysis that contributes to well-informed decisions and policy planning.

 

We sincerely hope that this website will continue to be useful and enlightening to our visitors as we continue to update and provide more information on SHHBIDSS and its activities.

 

Thank you.

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dari IPPSSHHB,

 

Dengan rahmat dan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Insitut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) sukacita mengalu-alukan Tuan/Puan ke laman web kami. Melalui platform ini, kami berharap ia akan dapat mengukuhkan dan mengembangkan lagi rangkaian Institut ini. Pelancaran laman web IPPSSHHB ini adalah tepat pada masanya kerana Institut ini turut menyambut Ulangtahunnya yang ke-15 tahun. Dalam memandang ke hadapan, Institut ini berharap akan dapat terus menyediakan penghasilan utama kepada pihak berkepentingan melalui saluran dan platform yang sedia ada.

 

IPPSSHHB telah dirasmikan pada 31 Mei 2006 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-45. Sebagai pusat penyelidikan terulung yang membuat kajian dalam isu pertahanan, strategik dan keselamatan di Negara Brunei Darussalam, Institut ini – di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan, Brunei Darussalam – telah mengorak langkah dalam membangunkan program dan kapasiti penyelidikan. Secara ringkas, Institut ini terlibat dalam menjalankan program penyelidikan; pembinaan kapasiti, penganjuran acara yang berkaitan dengan isu-isu pertahanan dan strategik; dan penyediaan platform bagi membincang dan bertukar-tukar pandangan meliputi genre yang telah disebutkan. Seiring dengan itu, Institut juga telah menghasilkan analisis yang berkaitan dengan isu-isu pertahanan dan strategik bagi menyumbang kepada keputusan bermaklumat dan perancangan dasar.

 

Dengan itu, kami amat berharap laman web ini akan dapat memberikan maklumat yang berguna kepada para pengunjung, di mana kami akan terus memberi dan mengemaskinikan maklumat mengenai Institut dan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan.

 

Terima kasih.

Latest News